Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

22 June 2013

Menjana Aspirasi Diri

Kluang 21 Jun, Seramai 67 orang Calon UPSR 2013 telah menghadiri Program Menjana Aspirasi Diri Siri 2 bertempat di Anjung Bestari, SK Seri Taman Kluang Barat. Dalam program tersebut Calon UPSR 2013 di dedahkan dengan Teknik Membina Kepantasan dalam berfikir dan membuat keputusan. Faktor pembahagian masa amat penting. Mengulangkaji berpandukan jadual belajar memungkinkan masa yang digunakan untuk setiap mata pelajaran adalah saksama. Belajar melalui jadual yang fleksibel dan anjal dapat mengatasi masalah jemu. Calon UPSR juga dibimbing bagaimana untuk menentukan keutamaan setiap matapelajaran berdasarkan pencapaian semasa. Mereka juga disarankan menggunakan masa yang senggang  dengan sebaik-baiknya.
 Latihan Kepantasan Berfikir



Program   : Menjana Aspirasi Diri 2
Tempat     : Anjung Bestari
Penyertaan : Calon UPSR 2013
Pengendali : UBK 
Personel : Mohamad Amin b Hj Ahmad Basri
(GBSM, NYDP MGKK)


Modul Latihan

21 June 2013

Pengalamian & Pembelajaran di Legoland Malaysia

Kluang 19 Jun, Seramai 40 orang murid Tahun 5 dan Tahun 4, SK Seri Taman Kluang Barat telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Legoland Malaysia. Mereka bukan sahaja dapat bermain malahan menimba pengalaman yang cukup berharga. Menaiki Roller Coster bukan satu cabaran mudah. Hanya mereka yang berani sahaja dapat mengharungi cabaran ketinggian dan kepantasan jentera Roller Coster. Apabila diajukan pertanyaan mengenai perasaan mereka, dengan nada bersemangat, sebahagian besar menyatakan mereka akan datang semula ke Legoland Malaysia jika diberi peluang. Kepada Tuan Guru Besar, En Zainal bin Samsudin setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana memberikan sekongan kepada Program Lawatan Sambil Belajar ini, ujar mereka.

 Warna Kecerian
Peserta Merakamkan Kenangan Manis


Sejarah Silam
 Menanamkan Kecekalan Dan Keberanian

 Perhubungan Zaman Silam
Kejuruteraan

15 June 2013

Hari Terbuka SK Seri Taman Kluang Barat

Peranan ibu bapa terhadap anak-anak, antaranya :

1. Meluangkan masa mengikuti perkembangan anak-anak.
2. Mengambil peluang bertemu dengan guru yang mengajar anak.
3. Sentiasa berinteraksi dengan anak-anak
4. Mengambil tindakan segera sekiranya didapati anak mempunyai 
    masalah di sekolah.