22 June 2013

Menjana Aspirasi Diri

Kluang 21 Jun, Seramai 67 orang Calon UPSR 2013 telah menghadiri Program Menjana Aspirasi Diri Siri 2 bertempat di Anjung Bestari, SK Seri Taman Kluang Barat. Dalam program tersebut Calon UPSR 2013 di dedahkan dengan Teknik Membina Kepantasan dalam berfikir dan membuat keputusan. Faktor pembahagian masa amat penting. Mengulangkaji berpandukan jadual belajar memungkinkan masa yang digunakan untuk setiap mata pelajaran adalah saksama. Belajar melalui jadual yang fleksibel dan anjal dapat mengatasi masalah jemu. Calon UPSR juga dibimbing bagaimana untuk menentukan keutamaan setiap matapelajaran berdasarkan pencapaian semasa. Mereka juga disarankan menggunakan masa yang senggang  dengan sebaik-baiknya.
 Latihan Kepantasan Berfikir



Program   : Menjana Aspirasi Diri 2
Tempat     : Anjung Bestari
Penyertaan : Calon UPSR 2013
Pengendali : UBK 
Personel : Mohamad Amin b Hj Ahmad Basri
(GBSM, NYDP MGKK)


Modul Latihan

No comments: