06 July 2013

Doa Sempena Program Kecemerlangan Bahasa Melayu




 Disusun & Dibacakan oleh
Mohamad Amin b Hj Ahmad Basri 
GBSM

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ، وَالصَّلاَة
 ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Sesungguhnya pada pagi ini, kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas iradat-Mu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada pagi yang berbahagia ini, di Program Kecemerlangan UPSR Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Daerah Kluang, anjuran JKD Bahasa Melayu dan PPD Kluang .

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Justeru  itu, kami memohon kepada-Mu, sejahterakanlah tubuh badan kami, sejahterakanlah pendengaran kami, sejahterakanlah penglihatan kami, kurniakanlah kepada kami akal fikiran yang bersih dan ketenangan yang hakiki bagi kami menghayati serta memahami keluhuran bahasa ibunda kami. Berilah kami kekuatan untuk memperjuangkan bahasa yang kami warisi dari nenek moyang kami. Menjalin rasa cinta, menyulam perasaan sayang tidak berbelah bagi terhadap bahasa ibu pertiwi. Dengannya kami layari kehidupan yang kami lalui ini dengan ketenangan yang abadi. Ya Allah,  Berkatilah usaha kami ini.

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ
Anugerahkanlah kami dengan kekuatan ilmu, iman dan kebijaksanaan untuk kami teroka dan terus menerokai mutiara bahasa yang bertaburan di bumi yang kami injak ini. Jadikanlah diri kami insan yang berpandangan jauh , komited dengan kehendak dan perubahan zaman .Ya Allah, sesungguhnya amat banyak pertolongan-Mu yang telah Engkau kurniakan kepada kami, dengan pertolongan-Mu jualah, dapatlah kami mengatur serta berkumpul sebegini, dengan harapan semoga dapat merapatkan lagi hubungan dan jalinan mesra di antara kami di negara yang tercinta ini. Mudah- mudahan dapat ditegakkan dan mahabbah serta ukhuwah dapat dieratkan




اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا
، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ رَبَّنَا إنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار
ِوَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

No comments: